dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Tuisyen Rakyat (Dilea) Bahasa Melayu Open Tuition Disember 2025

14 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2025, NADI Parit Othman telah menganjurkan kelas tuisyen di bawah inisiatif Perkhidmatan Pintar Dilea. Mata pelajaran yang diajar pada hari tersebut ialah Bahasa Melayu.

Kelas ini memberi tumpuan kepada topik Kata Sendi Nama, merangkumi definisi, fungsi serta contoh penggunaannya dalam ayat. Pada permulaan sesi, para pelajar mengikuti pembelajaran dengan menonton rakaman pengajaran yang telah disediakan khusus bagi topik berkenaan. Selain itu, mereka turut dibekalkan nota rujukan dan diarahkan untuk mencatat isi-isi penting sepanjang sesi pembelajaran.

Pada akhir kelas, para pelajar menjalani sesi perbincangan ringkas secara berkumpulan. Melalui perbincangan tersebut, mereka berkongsi pemahaman serta memberikan contoh penggunaan kata sendi nama yang sesuai, sekali gus mengukuhkan kefahaman terhadap topik yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.